UM Masih Dalam Kedudukan 200 Universiti Terbaik Dunia

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) masih berada dalam kedudukan 'QS World University Rankings 2013/14' walaupun jatuh 11 anak tangga disebabkan persaingan yang lebih sengit.
UM, universiti utama di negara ini menewaskan lebih 2,000 universiti lain di seluruh dunia.


UM merupakan universiti yang berada di ranking tertinggi di negara ini berada di tempat ke-167 dalam 200 universiti secara keseluruhan, walaupun jatuh 11 tangga berbanding 2012.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Mara kesemuanya telah jatuh dalam dari segi ranking tahun ini.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meningkat tiga anak tangga, dari tempat 358 pada tahun 2012 kepada 355 pada tahun ini.
Ketua Penyelidikan Unit QS Intelligence, Ben Sowter berkata penurunan prestasi bagi institusi Malaysia tahun ini mencerminkan kehebatan persaingan pendidikan global.

Tetapi perbandingan lima tahun menunjukkan mereka telah melakukan beberapa kemajuan yang ketara, katanya.
"Institusi di Malaysia telah membangunkan profil kukuh di kalangan ahli akademik dan majikan siswazah dunia," katanya.

"Ini bermakna mereka melakukan sesuatu yang agak baik dalam kajian reputasi akademik dan majikan, yang menunjukkan bahawa mereka telah membangunkan reputasi antarabangsa untuk standard akademik dan untuk kualiti graduan yang mereka hasilkan," katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Morshidi Sirat berkata perlu ada usaha berterusan oleh universiti di Malaysia untuk meningkatkan kedudukan mereka.

Naib Canselor UM Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon berkata penurunan kedudukan UM mencerminkan persaingan global yang semakin meningkat di kalangan universiti yang bersaing untuk mendapat kedudukan antara universiti terkemuka dunia.

"Kedudukan UM boleh bertambah baik jika kajian skor akademik tidak menurun sebanyak 3.8 peratus berbanding 2012 kerana perubahan dalam cara QS menilai skor 'Peer Review'."

Ketua Setiausaha Kedua Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr Zaini Ujang yang merupakan Naib Canselor UTM sehingga Jun tahun ini berkata universiti itu memberi penekanan kepada pengukuhan hasil penyelidikan dan bekerjasama rapat dengan institusi terkemuka seperti Universiti Harvard, Massachusetts Institute of Technology dan Universiti Oxford. - Mstar

Tengok bawah Tan Sri, budaya main tumpang penulisan jurnal perlu dihentikan.

No comments:

Post a Comment