Bekas pemimpin kanan Taliban bebas

Mullah ketika ditahan pada 2010 di Islamabad.
ISLAMABAD - PAKISTAN . Kerajaan Pakistan bersetuju membebaskan bekas timbalan Taliban Afghanistan, Mullah Abdul Ghani Baradar, semalam.


Penasihat kepada Perdana Menteri untuk Keselamatan Negara dan Hal Ehwal Luar Sartaj Aziz berkata, kerajaan Kabul sebelum ini menuntut Islamabad membebaskan Mullah selepas ditahan pada 2010 dalam cubaan melakukan sabotaj dalam usaha untuk memulihkan keamanan di Afghanistan.

“Pada dasarnya, Pakistan bersetuju membebaskan Mullah. Tetapi, beliau tidak dibebaskan sepenuhnya oleh kerajaan Kabul kerana masih menghadapi tuduhan mensabotaj,” katanya, dipetik dari laporan AFP.

Mullah dijangka dibebaskan pada bulan ini dan merupakan anggota pemberontak Taliban ke-34 dibebaskan pihak keselamatan Pakistan sejak tahun lalu. - SH

No comments:

Post a Comment