Bakal duta baharu Amerika tiba hari ini

KUALA LUMPUR - Bakal duta baharu Amerika ke Malaysia Joseph Y. Yun tiba di ibu negara hari ini untuk memulakan tugasnya. 

Dalam kenyataannya, kedutaan Amerika di sini berkata, Yun dilantik Presiden Barack Obama pada 23 Julai dan mendapat pengesahan penuh Senat pada 1 Ogos sebagai duta negara itu ke Malaysia. Sebelum ini,

beliau menyandang jawatan Timbalan Ketua Penolong Setiausaha di Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik. Yun juga pernah berkhidmat di beberapa negara lain termasuk Korea Selatan, Thailand, Perancis, Indonesia dan Hong Kong.

Beliau memiliki ijazah dari London School of Economics dan University of Wales. Yun dan isteri, Dr Melanie Billings-Yun, mempunyai seorang anak lelaki. Beliau menggantikan Datuk Paul W. Jones sebagai Duta Amerika ke Malaysia. - Bernama

No comments:

Post a Comment