Polis nafi terdapat polisi “tembak untuk bunuh”

Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) hari ini menafikan polis mempunyai polisi “tembak untuk bunuh” merujuk kepada lima suspek penjenayah ditembak mati di Pulau Pinang pada Isnin.

Ketua Polis Negara (KPN) itu menyelar pengkritik yang mempersoalkan mengapa kelima-lima suspek itu tidak ditahan dan sebaliknya ditembak sehingga mati.

“Tiada polisi tembak untuk bunuh. Siapa beritahu kamu terdapat polisi tembak untuk bunuh? Kami hanya tembak untuk mempertahankan diri,” katanya dalam sidang akhbar di Majlis Sambutan Aidilfitri di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengecam kritikan terhadap polis yang dituduh tidak melakukan apa-apa ketika kes tembakan semakin menjadi-jadi dan apabila penjenayah ditembak, polis dituduh melampau dan kejam.
“Apa sebenarnya yang orang seperti ini (pengkritik) mahukan,” katanya.

Khalid berkata, polis sentiasa prihantin terhadap keselamatan awam dan polis serius dalam membanteras jenayah.
Berhubung niat keluarga yang ingin mengadakan inkues terhadap lima kematian itu, Khalid berkata beliau tiada bantahan.

“Asalkan mereka menggunakan saluran yang betul untuk memohonnya,” katanya.
Semalam, pemimpin Hindraf dan timbalan menteri, P Waythamoorthy mempersoalkan mengenai tembakan di Pulau Pinang.

Beliau mendakwa melihat gambar lelaki yang mati itu dan berdasarkan keadaan ini, agak sukar untuk percaya berlaku berbalas tembakan.
“Melihat kepada gambar itu, saya fikir sesiapa yang boleh berfikiran waras akan percaya wujudnya keadaan tembak menembak antara pasukan polis dan suspek,” katanya. – 21 Ogos, 2013.

Badan mereka penuh dengan 'tattoo'.

No comments:

Post a Comment