Operasi Besar-Besaran Buru Pati Ahad Ini

PUTRAJAYA: Ahad ini, pihak berkuasa akan memburu kira-kira 500,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) di seluruh negara menjadikan ia operasi pemutihan terbesar untuk menghantar pulang mereka kembali ke negara asal.

Operasi berkenaan melibatkan 135,000 pegawai daripada Jabatan Imgigresen, Angakatan Tentera, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak berkuasa tempatan.
Jabatan Imigresen akan mengetuai semua agensi tersebut.

Pihak berkuasa akan mengadakan serbuan di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang telah dikenalpasti sebagai kawasan tumpuan Pati.

Sebaik sahaja ditahan, mereka akan dideportasi secepat mungkin kerana Jabatan Imgigresen tidak mahu berlaku kesesakan di semua 12 pusat tahanan seluruh negara, kerana ia hanya mampu menampung kapasiti 1,000 orang pada satu-satu masa.

Majikan yang didapati mengambil pekerja asing tanpa izin akan didakwa di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata jabatan berkenaan akan mendapatkan kerjasama daripada kedutaan asing melalui Wisma Putra untuk mengeluarkan dokumen perjalanan kepada Pati bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang mereka. - Mstar

Ingat, mereka juga manusia.

No comments:

Post a Comment