PAS minta cari jalan banteras jenayah, bukan hidupkan EO

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dinasihatkan lebih banyak menghabiskan masa untuk memikirkan cara membanteras jenayah daripada mengambil peluang setiap kali berlakunya jenayah tembakan sebagai alasan untuk menghidupkan kembali Akta Ordinan Darurat (EO).

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), berkata mengikut perkiraan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, jumlah pengikut penjenayah EO yang  dibebaskan pada 2011 meningkat kepada 260,000 orang.

"Jika betul statistik yang dikemukakan beliau, apakah gunanya EO dalam membanteras jenayah tembakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, adakah kerajaan bercadang hendak menahan 260,000 orang ini tanpa bicara sebagai langkah penyelesaian kepada jenayah tembakan yang semakin berleluasa kini.
Beliau berkata,  menahan suspek tanpa bicara tidak membantu menjawab persoalan bagaimana senjata api kini mudah dimiliki penjenayah di Malaysia.

“Masalah sekarang ialah tidak diketahui berapa orang yang memiliki senjata api haram di dalam negara.
“PAS berpendapat KDN perlu menfokuskan kerja kepada mematahkan saluran bekalan senjata api haram ke dalam negara.

"Gunalah segala perisikan yang ada dan bantuan daripada Unit Khas (Special Branch) untuk mengesan kebocoran senjata api ke tangan orang yang tidak berlesen," katanya.
KDN juga, katanya, harus mengaturkan semula keutamaan kerja polis supaya fokus utama ialah membanteras jenayah dan membuat rondaan di jalanan.

"Biarlah sekurang-kurangnya 60 peratus polis ditugaskan membanteras jenayah," katanya. – 14 Ogos, 2013. - TMI

Patut sudah boleh istihar darurat. Kerah tentera buru penjenayah sbb polis tidak cukup tangan.

No comments:

Post a Comment