Mahkamah tolak lagi petisyen

BATU GAJAH - Mahkamah Tinggi Pilihan Raya, di sini, menolak dengan kos dua petisyen yang difailkan pengundi bagi mencabar keputusan PRU13 di Dun Manjoi dan Dun Pasir Panjang pagi tadi.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan demikian selepas mendapati petisyen tersebut gagal mematuhi peruntukan Kaedah 9 dan 34 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau memerintah kedua-dua pempetisyen, Ahmad Mansor dan Hamidun Ahmad membayar kos berjumlah RM105,000 untuk Dun Manjoi manakala RM120,000 untuk Dun Pasir Panjang.

Pada 30 Julai lalu, mahkamah sama turut menolak petisyen yang difailkan Pas bagi membatalkan keputusan pilihan raya Dun Pasir Panjang bersama-sama Dun Manong melalui pempetisyennya, Shamsul Sakri Che Din dan Jamil Dzulkarnain. - SH

Kalau rasa otak tak dapat terima tu, faham - faham sajalah ya.


No comments:

Post a Comment