Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan agar menteri menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak sebagai "cadangan bodoh".
Menurutnya lagi, ia sepatutnya dilaksanakan ketua-ketua negeri Pakatan Rakyat terlebih dahulu.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan itu yang diajukan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam sidang medianya pagi tadi susulan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20sen.
"Saya tak nak jawab soalan bodoh yang dia (Rafizi) utarakan. Dia memang bodoh budak ini. Dulu pun saya tak korup dia kata saya korup.
"Saya nak suruh dia beritahu menteri besar dia dan exco-exconya, ketua menteri Pulau Pinang dan menteri besar Kelantan supaya bayar duit sendiri juga," katanya selepas satu sidang media petang tadi.
Menurutnya, negeri-negeri Pakatan perlu melaksanakan cadangan itu dahulu memandangkan ia datang daripada Pakatan Rakyat sendiri.
"Mulalah dahulu, kita tak cadang, sebab kita ini berkhidmat kepada rakyat," katanya.
'Tanyalah pakar sejarah'
Mengulas cadangan anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran di sebalik tragedi 13 Mei 1969, Nazri berkata perkara itu sewajarnya dirujuk kepada pakar sejarah.
"Sejarah adalah sejarah. Kenapa nak kena ada suruhanjaya pula, pergilah tanya sejarahwan kita.
"Mereka yang menulis buku sejarah," katanya.
Beliau mengulas cadangan Lim yang dibuat susulan kenyataan beliau yang menggesa orang Cina agar tidak perlu rasa bersalah dengan gambaran peristiwa 13 Mei 1969 seperti digambarkan dalam filem Tanda Putera. - Mkini
Nak tahu siapa bodoh. Berdebatlah.
Home » Nazri: Cadangan Rafizi bodoh
No comments:
Post a Comment