Najib lantik Saifuddin Abdullah CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melantik bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF).

Pengerusi GMMF, Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan petang ini berkata, pelantikan bekas Ahli Parlimen Temerloh antara 2008 dan 2013 itu sejajar dengan pengukuhan dan usaha berterusan Malaysia dalam mempromosikan nilai kesederhanaan di dalam dan luar negara.

"Dikenali sebagai seorang yang berpandangan progresif mengenai politik dan lantang dalam keinginan untuk sesuatu perubahan, trek rekod beliau dalam membela pembaharuan demokratik dan memperjuangkan hak belia, menjadikan beliau sesuai untuk memimpin yayasan dan membantu memacu perubahan," katanya.


Razali berkata, Saifuddin yang juga seorang penulis profilik, mempunyai pengalaman termasuk menulis untuk kolum dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan Nanyang Siang Pau dan kini kolumnis bagi Sinar Harian, fz.com, Oriental Daily, See Hua Daily Sarawak dan Makkal Osai, serta penganalisis program "Sudut Pandang" di Astro Awani.

Selain menjadi kolumnis, beliau juga menerbitkan enam buku, antaranya, Politik Baru (2008), yang menjadi rujukan kepada penganalisis politik Malaysia.

"Artikel beliau memberi tumpuan kepada hala tuju baru politik di Malaysia dan kepentingan membabitkan belia dalam pembangunan negara," katanya. Perdana Menteri adalah penaung yayasan itu.- BH

No comments:

Post a Comment