Cuepacs Beri Tempoh Kepada Kerajaan

Kesatuan Kongres Persatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs ) hari ini memberi tempoh sehingga sebelum 30 Jun tahun depan kepada kerajaan untuk meluluskan peruntukan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM)  sebelum mereka bertindak mengadakan satu kongres khas .
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, berkata menerusi Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Otober lalu, cadangan Cuepacs bagi penambahbaikan 168 skim SSM tidak diluluskan."Daripada 279 penambahbaikan skim perkhidmatan yang kita cadangkan, kerajaan hanya meluluskan 81 sahaja."Sebelum ini kita memberi masa sehingga November ini untuk melaksanakan tuntutan kami dan sekarang Cuepacs panjangkan tempoh itu dan berharap dalam masa tujug bulan ini, kerajaan dapat menyelesaikan apa yang kita minta, " katanya pada satu sidang media di Wisma Cuepacs Kuala Lumpur, hari ini.
Antara penambahbaikan yang dituntut oleh Cuepacs ialah faedah pinjaman perumahan daripada 4% kepada  1% dan elaun bantuan sara hidup (Cola).11 Mac lalu, Najib mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).Pelaksanaan tersebut ialah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Najib ketika pengumuman mengenai SSR berkata kerajaan bersetuju dengan tuntutan Cuepacs bahawa semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.Perdana Menteri berkata, keputusan itu dicapai memandangkan situasi  membabit  182,434 penjawat awam yang berada di paras gaji maksimum pada 2013 menyebabkan mereka tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.
Kerajaan juga bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini bermakna setiap penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 dimana membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion. Bagaimanapun menurut Osman, Cuepacs melihat pelaksaan  SST yang menggantikan skim lama iaitu Sistem Saraan 1 Malaysia masih mempunyai kekurangan terutama yang melibatkan isu berbangkit seperti imbuhan perumahan, soal gred kumpulan, kenaikan pangkat, mekanisma ganti peperiksaan PTK, struktur gaji dan sebagainya. – Blog Cuepacs

No comments:

Post a Comment