20 pengawal keselamatan dipenjara

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap 20 pengawal keselamatan warga Filipina atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan juga memiliki kad pengenalan milik individu lain.

Tertuduh yang berusia 19 hingga 44 tahun itu dihadapkan di dua mahkamah berbeza.

Sepuluh tertuduh iaitu tujuh lelaki dan tiga wanita dihadapkan atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dihadapan Majistret Mohd Nazri Omran.

Manakala sepuluh lagi juga tujuh lelaki dan tiga perempuan didakwa atas pertuduhan memiliki kad pengenalan milik individu lain di hadapan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah flat di Jalan SS 3/39, Sungei Way di sini, pada jam 2.30 pagi semalam. - Hmetro

No comments:

Post a Comment