Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi berkata pemohon hanya perlu datang ke pejabat imigresen  untuk mengambil gambar mereka.
"Tiada caj dikenakan untuk pengambilan  foto itu dan tiada bayaran tambahan dikenakan untuk perkhidmatan  pengambilan gambar berkenaan kerana ia adalah arahan diberikan oleh  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus kepada beliau dan Jabatan  Imigresen baru-baru ini," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media  selepas menghadiri Hari Imigresen 2013 di ibu pejabat Jabatan di sini  hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk  Seri Abdul Rahim Mod Radzi dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk  Alias Ahmad.
Dalam pada itu, Alias berkata bagi 2012, Jabatan Imigresen menerima sebanyak 2.3 juta pemohon pasport Malaysia. Justeru itu, jabatan menjangkakan tahun ini (2013) pemohon meningkat kepada 2.6 juta. 
-Bernama

1 comment:
As reported by Stanford Medical, It is in fact the SINGLE reason this country's women live 10 years more and weigh 42 lbs less than us.
(And actually, it has NOTHING to do with genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING to do with "HOW" they are eating.)
BTW, I said "HOW", not "what"...
Click this link to find out if this quick questionnaire can help you release your true weight loss potential
Post a Comment