'TNB cuma pentingkan kantung pemegang saham'

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini membantah kenaikan harga tarif elektrik 14.89 peratus setiap kilowatt yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Menurut beliau, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai agensi berkaitan kerajaan (GLC) sepatutnya menilai semula kesan itu dan perlu memikirkan tanggungjawab sosial dan khidmat kepada rakyat.

"Bagi Pemuda, kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan api hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata.

"Kepada TNB dan juga GLC yang lain, Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa," kata dalam ucapannya di perhimpunan agung Pemuda Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Kenaikan 14.89 peratus itu bersamaan 4.99sen setiap kilowatt, sekali gus menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen. Harga semasa 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment