Isu Syiah: KDN beri kuasa bertindak pada Mat Sabu

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, kementeriannya memberi kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan kepada Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang didakwanya berfahaman Syiah.


NONE"Alangkah baiknya PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya untuk menolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS.

"Jangan berselindung, Jamil Khir, KDN (Kementerian Dalam Negeri) beri kuasa, ambil tindakan pada pemimpin PAS (itu)," kata naib presiden Umno itu semasa ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini.

Zahid bagaimanapun hanya menyebut "orang nombor dua" PAS tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin PAS itu.

Mohamad Sabu dipilih sekali lagi sebagai timbalan presiden dalam pemilihan PAS baru-baru ini.

Malaysiakini sudah menghubungi Mohamad dan sedang menunggu penjelasannya berhubung perkara itu. - Malaysiakini

Sebutlah nama pemimpin itu atau takut Mat Sabu saman?

No comments:

Post a Comment