Syabas mulakan operasi potong bil air tertunggak

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) meminta pengguna agar membuat bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera kerana operasi bil tertunggak sedang dijalankan.

Menurut kenyataan Syabas di sini, kawasan terlibat adalah Klang atau Shah Alam, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Sepang, Sabak Bernam dan Hulu Langat.


"Tindakan akan dikenakan kepada para pengguna yang gagal untuk menjelaskan bil air tertunggak.
"Sekiranya tindakan telah diambil, pengguna akan dikenakan caj pemotongan RM25 dan caj penyambungan semula RM25," jelas kenyataan itu.

Katanya, caj yang dikenakan itu bukanlah denda atau pun penalti tetapi adalah caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air yang dikenakan seperti yang diwartakan kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan
Pelanggan Syabas (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222. - Bernama

No comments:

Post a Comment