Ustaz Kazim tolak lantikan MT Umno

Penceramah bebas Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menolak pelantikan beliau sebagai ahli majlis tertinggi Umno.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam program ceramah agama di Taman Ria, di Sungai Petani, malam tadi, lapor Utusan Malaysia.

Harian berbahasa Melayu itu juga melaporkan Kazim (kiri) sebagai berkata, beliau akan mengumumkan secara rasmi keputusannya itu melalui sidang akhbar hari ini.

Pada Jumaat lalu, Umni mengumumkan pelantikan sembilan anggota majlis tertingi, antaranya Kazim dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Malaysiakini

 

 

No comments:

Post a Comment