Seksyen 7 'hotspot' denggi

SHAH ALAM - Seksyen 7 dikenal pasti sebagai kawasan 'hotspot' denggi dan kes dilaporkan sebanyak 125 mangsa yang menghidap demam denggi.

Sejumlah 3,709 bilangan premis diperiksa di kawasan berkenaan dan mendapati 11 premis positif Aedes.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menjalankan Semburan Menggunakan Mesin Termal (SRT) sebanyak 1,811 kali.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata, hasil tinjauan mendapati reka bentuk bangunan misalnya pangsapuri di Jalan Plumbum dan Kompleks Komersial direka dengan bumbung berbentuk rata yang menyebabkan air mudah bertakung,” katanya.

Beliau mencadangkan sebelum MBSA meluluskan Kebenaran Merancang, reka bentuk bangunan wajar dipastikan terlebih dahulu sebagai usaha mengelakkan takungan air yang membawa kepada peningkatan kes demam denggi.

“Pengarah bangunan harus memperhalusi reka bentuk bangunan kerana telur nyamuk tidak akan musnah walaupun dalam cuaca panas dan kering,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat bulanan MBSA kali kesepuluh 2013.

Selain itu, sikap penghuni rumah yang segera menutup pintu dan tingkap ketika aktiviti semburan dilakukan, tidak akan membantu mengurangkan masalah demam denggi malah kes dilaporkan meningkat.

Katanya, MBSA berjaya mengesan punca utama peningkatan bilangan kes denggi antara faktornya ialah penghuni menyekat kemasukan bahan semburan dalam kediaman masing-masing.

"Masyarakat perlu tahu lokasi pembiakan Aedes ialah di dalam rumah namun dengan bertindak menutup pintu dan tingkap ketika semburan di jalankan ia tidak memberi kesan kepada kaedah pencegahan.

“Perbuatan seumpama ini tidak mendatangkan kesan positif sedangkan demam denggi dan juga denggi berdarah boleh mengancam nyawa orang ramai. Kempen dan pendidikan perlu dilaksanakan bagi menyedarkan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Seksyen 24 dikesan kawasan yang turut dilabekan 'hotspot' denggi.

“Lawatan tahun lalu mendapati sebanyak 83 pangsapuri di Seksyen 24 berdepan risiko kes demam denggi berpunca daripada takungan tangki air utama setiap rumah terlalu rapat dengan siling rumah menyukarkan kerja-kerja pembersihan.

“Diharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berupaya menyalurkan bekalan ubat pencegahan jentik-jentik kepada persatuan penduduk bagi mengurangkan kadar kes demam denggi,” katanya. - SH

No comments:

Post a Comment