Naib Cancelor baru Universiti Malaya tekad perkukuhkan institusi

Naib Cancelor baru Universiti Malaya Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tekad untuk memperkukuhkan lagi Universiti Malaya (UM) terutamanya dalam memberikan dasar pendidikan terbaik.

Beliau yang gembira dengan pelantikan tersebut berkata akan melakukan sebaik mungkin dengan memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kecemerlangan UM.
"Saya amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pendidikan kerana percaya dan memberikan mandat untuk saya mentadbir institusi ini.

"Saya akan lakukan yang terbaik, meneruskan perjuangan Naib Cancelor yang lama," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mohd Amin dilantik sebagai Naib Cancelor UM yang baru menggantikan Tan Sri Dr Ghauth Jasmon bermula 8 November 2013 hingga 7 November 2016.

“Pemilihan Prof Datuk Dr Mohd Amin adalah berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian di samping pengalaman beliau dalam aspek pembangunan akademik UM.

“KPM berharap agar pelantikan beliau dapat meningkatkan pencapaian UM menerusi pemantapan kepimpinan universiti, kualiti penyelidikan dan penerbitan, kualiti staf akademik, mahasiswa, kedudukan di peringkat antarabangsa serta penjanaan pendapatan,” kata satu kenyataan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum dilantik sebagai Naib Canselor, Mohd Amin adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa di UM dan pakar dalam bidang perubatan 'Head and Neck' dan Otologi.
Beliau memperoleh Ijazah Perubatan dan Pembedahan ( MBBS) daripada UM pada tahun 1982. Beliau kemudiannya dianugerahkan Fellow Royal College of Surgeons, Edinburgh pada 1989. - 30 Oktober, 2013. - MI

Buat apa meneruskan perjuangan NC lama? Baik tak payah tukar. Biar sahaja yang lama duduk di situ. Harapan besar warga UM adalah perubahan bukan penerusan.

No comments:

Post a Comment