Bil elektrik, air kediaman PM lebih RM2.5 juta

Jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Seri Perdana adalah sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012.

Manakala sebanyak RM311,174.25 dibelanjakan untuk pembayaran air sepanjang tahun tersebut.

Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bagi menjawab soalan ahli parlimen Seremban Anthony Loke.

Beliau bertanya mengenai butir-butir bil elektrik dan air serta kos penyelenggaraan kediaman rasmi Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam jawapan itu, Shahidan juga memberitahu, kompleks itu dibina atas tanah 42.5 ekar.

Ia dilengkapi kemudahan ruang pejabat, bilik-bilik mesyuarat, bilik tetamu serta kemudahan sokongan bagi membantu melancarkan urusan harian PM.

Shahidan juga berkata Kompleks Seri Setia - kediaman rasmi Muhyiddin pula - sebanyak RM865,458.56 telah dibelanjakan bagi tujuan pembayaran bil elektrik pada tahun yang sama.

Manakala sebanyak RM99,264.03 dibelanjakan untuk pembayaran bil air sepanjang tahun 2012. - Mkini

No comments:

Post a Comment