KAHERAH - MESIR- Percutian manis empat beradik warga Ireland ke Mesir bertukar pahit selepas mereka dituduh melakukan jenayah berat di negara tersebut minggu lalu.
Nasoyba berkata, adik beradiknya, Somaia, 27, Fatima, 22, Halawa dan Omaima masing-masing, 20, serta Ibrahim, 17, dtahan selepas dituduh menyertai demonstrasi di Masjid Al Fath, Ramsis, Kaherah.
“Seorang peguam dari Kaherah memberitahu, adik-adik saya didakwa melakukan pembunuh, membakar, menyertai kumpulan bersenjata, memiliki senjata dan bahan letupan bersama 300 tertuduh yang lain.
“Mustahil mereka melakukan pembunuhan kerana mereka takut melihat darah dan tuduhan itu tidak masuk akal,” katanya dipetik Independent.ie
Menurutnya, pada 14 Ogos, dia dan bapanya Hussein yang juga imam masjid terbesar Ireland di Clonskeagh, Dublin ada menghubungi seorang diplomat Ireland dan dimaklumkan mereka selamat.
“Saya kemudiannya dihubungi peguam dari Kaherah dan dimaklumkan tentang dakwaan tersebut. Kami sekeluarga buntu memikirkan nasib mereka dan dakwaan tersebut,” katanya. - SH
Home » Warga Ireland mangsa tentera
No comments:
Post a Comment