Penganut Buddha meditasi di surau hina Islam

Tindakan sekumpulan penganut ajaran Buddha yang menjadikan surau sebagai tempat untuk bermeditasi adalah pelakuan menghina Islam, kata Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

“Kita perlu bertegas dengan penguatkuasaan undang-undang bagi menghalang kumpulan sedemikian memasuki negara ini. Perkara ini tidak patut berlaku kerana mereka perlu tahu undang-undang negara.

“Tindakan mereka bukan hanya menyakiti perasaan (orang Islam) namun turut menghina agama Islam,” kata Penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Beliau merujuk sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube pada 10 Ogos lalu yang menunjukkan sekumpulan sami dalam sebuah bangunan kecil melakukan meditasi di hadapan potret Buddha.
Video sepanjang 63 saat itu bertajuk “Chinese Buddhists pray in surau; surau becomes temple” dimuat naik oleh “Sebastianphiu” dan telah ditonton lebih 10,000 kali.



Video berkenaan turut menyatakan lokasi kawasan surau tersebut iaitu di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sedang menjalankan siasatan termasuk melawat tapak itu.
Menurut laporan, surau itu terletak di sebuah resort di Kota Tinggi kepunyaan warga Singapura yang juga penduduk tetap di negara ini.

Pengurus resort berusia 45 tahun itu yang tidak mahu namanya didedahkan mempertahankan keputusannya memberi kebenaran kepada penganut Buddha menggunakan surau.

Katanya, kumpulan itu mahu menggunakan dewan untuk bermeditasi namun kami tidak dapat memenuhi permintaan itu berikutan dewan ditempah awal oleh pihak lain.

“Jadi kami membenarkan mereka menggunakan surau di resort namun 'barang meditasi' yang dibawa ke surau itu di luar pengetahuan kami.

“Saya tidak fikir membenarkan pengikut agama lain menggunakan surau adalah satu kesalahan kerana mereka menggunakannya untuk meditasi.

“Saya tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak. Niat saya hanya ingin menunjukkan Islam sebagai sebuah agama yang bertolak ansur dan universal,” katanya. – 12 Ogos, 2013.

 Bunyi macam orang Melayu.

No comments:

Post a Comment