BEIJING 8 Julai - Bekas Menteri Kereta Api China, Liu Zhijun hari ini dijatuhi hukuman mati yang ditangguhkan, sekali gus menjadi pegawai tertinggi yang dihukum kerana rasuah sejak negara ini dipimpin oleh pemimpin baharu yang berikrar mahu membersihkan pemerintahan Parti Komunis.
Zhijun, 60, yang pernah digelar 'bapa' rangkaian kereta api laju China, didapati bersalah menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa oleh sebuah mahkamah di Beijing, lapor agensi berita Xinhua. - AFP
Home » Bekas Menteri Kereta Api China dijatuhi hukuman mati
No comments:
Post a Comment