Isu kenaikan harga, terutamanya tarif elektrik baru-baru ini, menjadi perhatian dalam perbahasan ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini.
Perwakilan Perak Datuk Ahmad Salimin berkata, kenaikan tarif elektrik, harga barang dan petrol sebelum ini dirasakan terlalu drastik serta tidak bertepatan dengan masa dan keadaan.
Tambahnya, ia sekaligus membebankan rakyat.
"Saya ingin menegur berkaitan pengumuman kenaikan harga barang, petrol dan baru-baru ini tarif elektrik.
"Kenaikan ini amat tidak tepat sekali melihat pada keadaan ekonomi rakyat," katanya.
Ahmad juga berkata, keadaan itu juga mempengaruhi persepsi rakyat ekoran ia pengumumannya dibuat selepas pilihan raya umum dan dalam keadaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat keuntungan.
"Sudahlah untung, naikkan tarif pula," komen rakyat.
Menurutnya lagi, kerajaan hari ini dibentuk atas sokongan rakyat, maka tidak wajar mereka dibebani dengan masalah kewangan sebegitu. - Mkini
Home » 'Sudahlah untung, naikkan tarif elektrik lagi'
No comments:
Post a Comment